Muka Depan

Khidmat 

Hubungi

Sumbangan

Media

Pengumuman

Brosur

Siapa Kami


 
 

Penjelasan Tentang Kontroversi Yang Melanda PERKID Dalam Media Mulai September 2006

1. Kenyataan oleh Pengerusi PERKID 

Sejak awal September 2006 yang lalu hingga sekarang, PERKID telah diserang secara bertubi-tubi oleh sekumpulan pihak yang dengki, khianat dan tidak berpuas hati dengan pengurusan PERKID melalui pelbagai cara.

Kumpulan ini telah mempengaruhi pelbagai pihak samada pihak media, Pertubuhan-pertubuhan NGO, Jemaah Masjid & Surau, Pelajar-pelajar IPTA/IPTS hinggalah kepada orang perseorangan di dalam masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan, tuduhan jahat & fitnah kepada PERKID serta memperalatkan pelbagai pihak untuk mencapai kepentingan mereka.

Sehingga kini, 18 laporan polis telah dibuat oleh PERKID bagi menangkis dakwaan dan fitnah yang telah dibuat manakala dalang konspirasi ini sedang dalam proses disaman oleh Peguambela PERKID.   (...klik untuk kenyataan penuh

2. Surat daripada peguam PERKID 

TINDAKAN MAHKAMAH OLEH PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ISLAH SELANGOR (PERKID)

Merujuk kepada perkara diatas di mana kami mewakili Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID) yang mempunyai alamat di No 15, Jalan Sentosa 20, Taman Desa, Batu 16, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Adalah dengan ini kami diarahkan, untuk memaklukan kepada tuan bahawa suatu tindakan mahkamah telah diambil olah anakguam kami terhadap tuan berhubung penglibatan tuan mengganggu gugat keamanan dan hak perjalan anakguam kami, termasuk membuat tindakan menghasut, tindakan fitnah dan tindakan yang memberi kesan buruk terhadap reputasi anakguam kami, ini termasuk menggunakan individu-individu tertentu dan menggunakan saluran-saluran media bagi maksud di atas.

Kami diarahkan untuk memaklumkan kepada tuan bahawa suatu saman dan Pernyataan Tuntutan akan difailkan di mahkamah dan Pernyataan Tuntutan tersebut akan diserahkan kepada tuan bagi membolehkan tuan menjawab tuntutan anakguam kami di mahkamah kelak.  
(...klik untuk kenyataan penuh

3. Maklumat Lanjut dan Terperinci

Penjelasan di laman web ini hanyalah merupakan secebis petikan kecil daripada dokumen setebal 30 muka surat yang telah disediakan PERKID dalam menghadapi dan menangkis siri serangan ke atas pertubuhan ini.

Oleh kerana kes ini sedang dalam tindakan mahkamah, PERKID menilai bahawa belum masanya untuk pertubuhan ini mendedahkan keseluruhan aspek kes di laman web ini.

Bagaimanapun, maklumat terperinci kes serta dokumen berkaitan boleh didapati secara peribadi daripada Pengerusi PERKID.

4. Kesimpulan

Dalam menjalankan misinya untuk kepentingan Islam di kalangan masyarakat, PERKID sentiasa menghadapi pelbagai macam kesukaran, kesusahan dan cabaran. Siri serangan yang disebutkan di atas adalah salah satu daripada halangan yang dihadapi oleh PERKID. 

Sedikit sebanyak serangan ini telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan serta menjejaskan nama dan imej PERKID pada pandangan awam dan pihak berkuasa. Apatah lagi serangan tersebut menggunakan media awam yang tersebar luas ke seluruh negara dan ke seluruh dunia.

Semuga dengan penyiaran penjelasan ini masyarakat akan dapat memahami bahawa misi menangani gejala sosial di kalangan umat Islam yang dijalankan oleh PERKID, adalah amat sukar dan terdedah kepada pelbagai halangan.

Oleh itu kefahaman, simpati dan bantuan daripada semua peringkat masyarakat adalah amat PERKID perlukan.

Hari ini yang terlibat dengan masalah sosial ialah anak, adik, kakak, abang dan saudara orang lain. Kita mohon berlindung kepada Allah S.W.T, tetapi hari esok mungkin giliran kita pula menerima ujian tersebut...

 

Šperkid.net (mulai 21/11/2002, ver 2.6a 01/04/2008) info kemaskini 03/12/2006                       webmaster : perkidselangor@yahoo.com