Muka Depan

Khidmat 

Hubungi

Sumbangan

Media

Pengumuman

Brosur

Siapa Kami


 
 
Khidmat
Perkhidmatan PERKID 

 

1. KEM MOTIVASI PERKID (KEMP)

 

(Klik gambar untuk imej lebih besar)

Kem Motivasi PERKID ialah pakej latihan dan pemulihan bagi pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak bermasalah melalui kem motivasi. 

Untuk memenuhi keperluan jangkapanjang, kami sedang menyediakan tapak kem motivasi di atas lot seluas 4 ekar di Sungai Semungkis, Taman Agrotek, Hulu Langat, Selangor.

 

 

2. RUMAH KEBAJIKAN PERKID (RKP)

(Klik gambar untuk imej lebih besar)

Rumah Kebajikan PERKID menempatkan Asrama Raudathus Solehah, iaitu rumah rawatan dan pemulihan untuk remaja wanita bagi kes-kes gejala sosial seperti terlibat zina, mengandung anak luar nikah, lari dari rumah, terlibat dadah dan masalah akhlak.

Rawatan di RKP  mengambil masa antara 8 hingga 12 bulan. 

Ditubuhkan pada tahun 2004 di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Mula beroperasi Mac 2004.

Alamat :

 
Rumah Kebajikan Perkid (RKP)
No. 15 Jalan Sentosa 20
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717

 

3. RUMAH SAHABAT PERKID (RSP)

(Klik gambar untuk imej lebih besar)

Rumah Sahabat PERKID ialah rumah rawatan dan pemulihan untuk remaja lelaki berumur 13-25 tahun bagi kes-kes gejala sosial seperti penagihan dadah, lari dari rumah, mencuri, ponteng sekolah, mat rempit dan lain-lain.

Rawatan di RSP mengambil masa 12- 15 bulan.

Alamat :

 
Rumah Sahabat Perkid (RSP)
No. 9 Jalan Sentosa 14
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8915

 

4. RAWATAN ALTERNATIF AS-SYIFAA'

Di Klinik Baitus Syifa, Rumah Kebajikan Perkid

Rawatan As-Syifaa' menggunakan kaedah rawatan Islam dengan amalan doa melembut hati untuk penyelesaian pelbagai masalah seperti anak degil, tidak mendengar kata, melawan ibu bapa, melawan guru, serta pelbagai penyakit anak-anak masa kini.

Rawatan dijalankan setiap minggu pada hari Khamis malam Jumaat.

 

Šperkid.net (mulai 21/11/2002, ver 2.6a 01/04/2008) info kemaskini 19/06/2007                        webmaster : perkidselangor@yahoo.com